Thursday, May 29, 2008

LAYAKKAH EZAM UNTUK BERTANDING PADA PEMILIHAN UMNO NANTI???


Siapa di belakang Ezam?Belum pun secara sah sebagai ahli Umno,beliau sudah berani meluahkan keinginan sedia bertanding jawatan ketua pemuda Umno.Apa istimewanya pengkhianat Umno ni?Buktikan dulu keikhlasan.Andai di terima pun,beliau adalah ahli baru umno.Borang yang beliau hantar semalam pun dah terang-terang borang keahlian Umno.Jadi sebagai ahli baru beliau tidak layak untuk bertanding untuk pemilihan Umno tahun ni.Nak masuk mesyuarat pun beliau hanya layak sebagai pemerhati sahaja.Ini kerana tarikh tutup keahlian dan pembayaran yuran ahli untuk membolehkan seseorang itu layak mengambil bahagian secara aktif dalam mesyuarat dan bertanding dalam apa-apa jawatan dalam persidangan tahun ini adalah pada 31 disember 2007.Hakikatnya sekarang terbukti beliau belum layak untuk bertanding apa-apa jawatan melainkan jawatan yang di lantik.Melainkan kalau Presiden parti kita yang lemah beri segala keistimewaan pada beliau.Tapi harus di ingat,andai Ezam boleh di beri keistimewaan,ahli-ahli lain yang terlewat membayar yuran pun harus di beri kelonggaran.Begitu juga dengan keahlian baru,kita terima ahli baru sekarang dan di bolehkan seperti apa yang Ezam dapat.Adakah pemimpin kita berani buat macam tu?Jawapannya tidak mungkin berlaku.Kerana apa yang berlaku sekarang adalah agenda peribadi semata-mata.Maka dgn itu akan hancurlah Umno.Kenapa pemimpin-pemimpin kita diam.adakah anda semua buta dan tiada akal untuk berfikir?Atau semua telah di tabur dengan pelbagai habuan.Hanya 2,3 orang sahaja yang berani bersuara.Kepada Timbalan Presiden sedarlah dari lena.Dengar suara akar umbi.Andai kemasukkan Ezam adalah tanda-tanda kembalinya Anwar Ibrahim ke dalam Umno,setuasi Dato Seri Najib dalam bahaya.Bertindaklah sebelum terlewat.Media juga memainkan peranan yang besar dalam isu ini.Liputan yang di beri terlalu berlebihan.Apakah muslihat di sebalik apa yang berlaku ini.Mari kita fikir dan renung-renungkan.

salam suaraperubahan.

TEMURAMAH PENUH DATO' MUKHRIZ BERSAMA AGENDADAILY



‘ Kadang-kadang persepsi itu lebih penting dari realiti’ – kata Mukhriz tentang Khairy


Semua orang tahu sasaran Datuk Mukhriz Mahathir kebelakangan ini adalah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Pendirian tegasnya mahu Perdana Menteri letak jawatan sebelum bermulanya mesyuarat cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara tidak lama lagi. Itu sudah cerita lama. Bagaimana pula pandangannya tentang Khairy Jamaluddin.Beliau sebelum ini tidak pernah sentuh secara langsung tentang Naib Ketua Pemuda UMNO itu.Dalam interbiu ringkas dengan Agendadaily dan MStar di bangunan Parlimen petang Selasa Mukhriz sudah ‘ buka semua’ …
Sebenarnya tujuan asal untuk menemui Ahli Parlimen Jerlun ini dicelah beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat ialah bagi mendapatkan reaksinya pada pendirian Badan Perhubungan UMNO Kedah Isnin malam yang meminta beliau menghentikan tindak tanduknya mengkritik Perdana Menteri secara terbuka. Mukhriz nampaknya tidak berganjak.Beliau sebaliknya menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Datuk Mahdzir Khalid selepas mesyuarat badan itu sebagai ‘kenyataan orang yang dilantik’. Katanya kedudukan Mahdzir sendiri tidak stabil kerana sudah ada suara-suara dikalangan bahagian-bahagian UMNO yang mahu Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah ditukar dengan orang lain. Soalan tentang Khairy hanya soalan sampingan dicelah-celah beliau menghurai lanjut mengenai pendiriannya tentang Abdullah.Katanya itu TITIK dan tidak akan berubah. Hubungan Mukhriz dengan Khairy memang dingin.Ini dapat dikesan dalam beberapa acara di mereka kedua mereka sama-sama hadir.Namun kedua mereka tidak pernah membuat sebarang kenyataan menghentam satu sama lain. Menariknya semasa soalan mengenai pandangannya tentang Khairy dikemukakan padanya,Mukhriz nampaknya tidak teragak-agak untuk bersuara. Beliau tersenyum bila ditanya apakah istilah yang betul untuk takrif tahap hubungannya kini dengan Khairy.” Tak gaduhlah …bolehlah kalau nak tulis ‘ perang dingin’… “Saya boleh fahamlah kalau orang nampak saya ni proksi ( dalam krisis) antara ayah saya dengan Pak Lah …saya setuju dengan apa yang ayah saya buat dan mahu tak mahu saya kena suarakan dalam parti,”katanya. Diminta mengulas pandangan sesetengah pihak bahawa Khairy adalah liabiliti kepada UMNO,beliau spontan berkata,” saya kira betul…saya sendiri sebut kepada beliau dalam mesyuarat Exco (Pemuda UMNO Malaysia) ..bahawa rata-rata kalau kita tanya orang di kedai-kedai kopi lepas pilihanraya hari itu…antara sebab kita kalah ialah faktor Pak Lah dan faktor Khairy.
“Ini orang sebut secara terbuka.” Ditanya pula apa yang membuat beliau juga bersetuju Khairy adalah liabiliti kepada UMNO,Mukhriz menambah, “ persepsinya ialah bahawa campurtangan Khairy dari pemilihan calon-calon untuk bertanding.Selama ini pun orang bercakap..tapi kita biarkan.
“Kadang-kadang persepsi itu lebih penting dari realitikan… "
Ditanya apakah beliau ada bukti untuk menyokong persepsi itu,katanya “ contohnya dimana-mana beliau pergi untuk berkempen beliau sebut ini calon saya…jadi orang label orang ni calon Khairy. Ditanya jadi apakah nasihat beliau pada Khairy dalam menghadapi persepsi ini,Mukhriz berkata itu terpulangkah kepada Khairy samaada nak bertanding atau tidak jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
“Beliau akan bawa pendekatannya sendiri…saya akan bawa pendekatan saya sendiri.” Diminta pandanganya bukankah bila seseorang itu sudah dicop liabiliti kepada sesuatu organisasi maka dia harus ‘backout’ , Mukhriz segera berkata, “ tidak juga…ini apa yang orang cakap…terpulang kepada empunya diri. Ditanya lagi apakah pandangannya dalam soal ini,beliau lantas berkata, “ kita tak ada tempat dalam UMNO nak mengikut cara dia…( kemudiannya Mukhriz jelaskan ini bermaksud jika Khairy tak ubah stailnya) salah satu sebab kekalahan BN ialah apa yang orang cakap sebagai neopotisme dalam UMNO...keduanya campurtangan keluarga dalam urusan parti dan negara yang akhirnya bawa binasa kepada parti.
“Ini yang saya kira susah nak kita perbetulkan sekiranya orang-orang seperti ini masih ada…ini bukan terhad soal beliau seorang saja…soal Tingkat 4 dan sebagainya.
“Saya teringat Datuk Seri Dr Lim Kheng Yaik ( bekas Presiden Gerakan) cakap lepas pilihanraya…pegawai-pegawai Tingkat 4 patutnya semua dibuang kerja.” Mukhriz mendakwa Perdana Menteri lebih dengar cakap Tingkat 4 dari pihak-pihak lain. “Sedangkan lepas pilihanraya baru sedar laporan-laporan pihak-pihak lain betul,”katanya.
Ditanya beliau sudah kenal Khairy lama apakah beliau sendiri percaya kepada dakwaan-dakwaan itu,Mukhriz berkata, “ yang saya fikir bagi diri saya…kalau separuh betul…itu pun dah cukup. “Sebab yang nampak depan mata kita ialah mahu tidak mahu saya akan buat perbandingan dengan diri saya sendirilah,abang-abang saya sebab ayah saya bekas Perdana Menteri.
Katanya selama 22 tahun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri mereka tidak pernah langsung campurtangan dalam pentabiran negara dan parti.
“Benda-benda yang berlaku sekarang…waktu saya tidak terfikir…tidak terlintas..”katanya. Beliau lantas menceritakan satu perbualan antara bekas Presiden Indonesia Allahyarham Suharto dengan Dr Mahathir di Pulau Langkawi untuk membuktikan bapanya tidak mahu mereka terlibat dalam apa-apa hal. “Ayah saya ni…campurtangan keluarga ni satu hal yang beliau tak boleh terima...tapi sekarang ni dah jadi macam perkara biasa…bila mula-mula dengar dulu orang rasa pelik…tapi sekarang orang dah terima bahawa keluarga ( Perdana Menteri ) main peranan dalam pentabiran negara.” Ditanya lagi apakah semua persepsi itu betul, katanya, “walaupun ia persepsi ia mesti berlandaskan kepada realiti juga…malangnya dia tidak menafikan …dia tak pernah cakap dia tak pernah cakap dengan Pak Lah mengenai isu-isu penting…kita sendiri lihat dengan mata kepala sendiri dia telefon Pak Lah…bagitau apa yang kita buat sebagainya.Ini dah biasa.
Selain itu katanya keputusan-keputusan yang dibuat oleh Pemuda sendiri tidak banyak bertentangan dengan keputusan–keputusan Perdana Menteri sendiri. Katanya sepatutnya Pemuda UMNO harus mainkan peranan sebagai pendesak tetapi ia tidak dibuat. “Antara sebabnya kita ada Naib Ketua Pemuda…menantu Presiden parti. “Baru saya teringat dulu abang saya (Mokhzani) jadi Bendahari UMNO…tapi dia tidak kemana-mana dalam Pemuda walaupun waktu itu ayah saya Perdana Menteri,”katanya. Mukhriz berkata beliau ada bertanya kalangan bekas Exco Pemuda apakah suasana dalam mesyuarat Exco masa dulu.
Katanya dari cakap-cakap beliau dapati suasananya adalah berbeza semasa Khairy ada dalam sebagai Naib Ketua Pemuda.
“Mesyuarat Exco dulu ada suasana dialog dan debat yang sihat…sekarang beza semuanya endorse saja.Adalah pihak-pihak yang bangkitkan pandangan berbeza tetapi dalam kebanyakan hal kalau ada signal dari nombor dua kira on saja,"katanya. Mukhriz juga mendakwa adakalanya beliau memberi pandangan yang panjang lebar dalam mesyuarat Exco tetapi tidakpun dimasukan dalam minit mesyuarat.- 28/5/2008

Tuesday, May 27, 2008

KENYATAAN AKHBAR OLEH KETUA-KETUA CAWANGAN UMNO BAHAGIAN JERLUN.



1. Kami dari ahli akar umbi UMNO Bahagian Jerlun memberi kenyataan akhbar seperti berikut:-


Kami memberi sokongan padu serta memahami tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad di atas tindakan beliau keluar daripada UMNO demi untuk memperkukuhkan UMNO dengan memberi kesedaran kepada pucuk pimpinan UMNO untuk berundur dan seterusnya membenarkan pucuk pimpinan baru mengambil alih teraju UMNO supaya proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera bagi menghadapi pilihanraya ke 13 yang akan datang.

Kami faham bahawa proses membaik pulih parti akan memakan masa dan proses ini perlu dilaksanakan segera.Kami diperingkat akar umbi tidak berkeyakinan bahawa pucuk pimpinan sedia ada mampu untuk menerajui proses pemulihan ini.


2. Kami juga menyokong dan berada dibelakang Ahli Parlimen kami YB Dato Mukhriz Mahathir untuk terus lantang menyuarakan hasrat akar umbi untuk mengkritik kepimpinan demi keutuhan UMNO.Dengan itu kami memohon supaya tiada tindakan dan juga sebarang tekanan dikenakan ke atas Ahli Parlimen kami kerana tindakan beliau mengkriti pucuk pimpinan.Kritikan terhadap pucuk pimpinan tidak bermakna yang beliau mengkritik UMNO.

Pada hemah kami kritian beliau adalah untuk memperkukuhkan UMNO dan tanda sayang beliau dan kepercayaan beliau bahawa hanya UMNO yang menjadi wadah perjuangan bagi agama,bangsa dan negara.


3. Kami juga ingin menyatakan bahawa tindakan Ketua Bahagian kami Yg Bhg Dato Abd Rahman Arifin yang mengeluarkan kenyataan baru-baru ini menyarankan agar Ahli Parlimen kami YB Dato Mukhriz Mahathir tidak membuat sebarang kenyataan berhubung dengan pucuk pimpinan bukanlah satu tindakan yang mewakili ahli akar umbi UMNO Bahagian Jerlun.Tiada sebarang perbincangan dan mesyuarat diadakan dengan kami diperingkat akar umbi.

Saturday, May 24, 2008

PULAU BATU PUTIH.



Segala-galanya hanya tinggal kenangan.Walau dekat di mata tapi ia bukan milik kita.Jadikan ia satu pengajaran,agar hak kedaulatan kita yang lain tidak di pertikaikan lagi di masa akan datang.Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Friday, May 23, 2008

EZAM,APA PERANANNYA???


Hari nie heboh di perkatakan tentang kemasukkan kembali Ezam ke dalam umno.Ada bermacam-macam pendapat di utarakan.Ada yang suka dan ada yang tidak.Siapakah yang memainkan peranan dalam hal ni?Adakah untuk kepentingan peribadi Pak Lah atau jalan untuk Anwar Ibrahim dan pengikutnya kembali ke pangkuan Umno.Kedua-duanya ada kemungkinan dan kesimpulan agendanya tetap sama.Mungkin ini lah perancangan besar mereka selama ini.Tak mustahil apabila Ezam masuk kembali ke dalam Umno,beliau akan jadi proksi kepada KJ untuk bertanding jawatan ketua pergerakan pemuda Umno Malaysia kelak.Ini semua boleh berlaku.Kerana KJ melihat peluangnya untuk menang sebagai ketua pemuda adalah tipis.Lebih baik beliau mengambil jalan selamat dengan mempertahan jawatan beliau sekarang.Kita semua sedia maklum permainan licik beliau.Ramai pemimpin-pemimpin yang telah tersungkur di tangan beliau.Kerana beliau menguasai segalanya.Media-media cetak dan elektronik di tangan beliau.Sebagai contoh isu penyapu Khir Toyo yang di perbesarkan.Sedangkan keputusan untuk anugerah tersebut telah dipersetujui setahun lebih awal.Siapa jadi mangsa?Dalam isu keris pula,kenapa hanya Datuk Seri Hisham saja perlu di persalahkan.Media juga yang memainkan peranan.Sedangkan saudara KJ juga pernah mengucup keris dalam persidangan pemuda umno.Sekarang kita tengok beliau diam.Tapi harus di ingat diam beliau diam berisi.Dalam soal Ezam,buat masa ni pada saya belum masa untuk kita terimanya kembali ke dalam umno.Biarlah beliau bergerak di dalam NGO dan buktikan dulu yang beliau berjuang dengan ikhlas untuk agama islam dan bangsa melayu.Andai ingin juga di terima kembali terimalah selepas PAU disember nanti.kerana selepas itu adalah masa yang sesuai untuk kita memulihkan umno kembali.

Wednesday, May 21, 2008

MUKHRIZ NAFI AKAN KELUAR PARTI JULAI

KUALA LUMPUR: Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini menafikan yang beliau akan keluar dari parti sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meletakkan jawatan Julai ini. Mukhriz berkata apa yang disuarakan dalam kenyataannya semalam ialah beliau mempunyai hak untuk mengubah pendirian (kekal dalam Umno) pada bila-bila masa mengikut perkembangan terkini dan beliau tidak menyatakan hanya ada satu cara iaitu keluar parti, sedangkan banyak lagi cara lain yang boleh diambil. "Saya tidak kata menjelang Julai jika Perdana Menteri tidak berundur, maka saya akan keluar parti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, Julai adalah merujuk kepada mesyuarat cawangan yang akan bermula dan beliau berharap satu perubahan drastik akan berlaku sebelum mesyuarat cawangan bermula dan bukan mengambil keputusan keluar parti. Mukhriz, pada sidang akhbar semalam, dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak teragak-agak untuk mengubah pendiriannya itu jika sehingga Julai, Abdullah tidak meletak jawatan. Mukhriz juga menyatakan tidak akan mengikut jejak langkah bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar dari Umno dua hari lalu.
Beliau berkata tidak perlu keluar dari parti kerana banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan diperjuangkan bukan sahaja untuk parti malah bagi kawasan Parlimen yang diwakilinya. Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin kesal dengan kenyataan Muhkriz semalam dan berkata akan merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Pengurusan Umno. Dalam reaksinya, Mukhriz berkata, beliau sedia untuk menghadapi sebarang tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya dan berasakan proses dilalui sekarang ini akan terus memberikan kekuatan kepada Pemuda Umno. "Saya tidak akan keluarkan sebarang kenyataan kalau saya sendiri tidak sanggup menerima tindakan termasuk daripada Jawatankuasa Pengurusan,” katanya sambil menganggap kenyataan Hishammuddin itu ekoran daripada salah faham terhadap kenyataannya semalam.
Mukhriz berkata beliau akan menghadiri mesyuarat Exco Pemuda Jumaat ini seperti biasa kerana ini bukan kali pertama beliau berdepan dengan kritikan dari kalangan rakan-rakannya sendiri.

#Bernama

Tuesday, May 20, 2008

KENYATAAN MEDIA YB DATO' MUKHRIZ MAHATHIR



YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
AHLI PARLIMEN JERLUN
EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA


20 MEI 2008:Merujuk kepada tindakan ayahanda saya, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar, Kedah semalam, yang mengumumkan keluar dari parti sehinggalah YAB Dato’ Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, saya dengan ini membuat kenyataan seperti berikut:


Saya amat faham dan bersetuju bahawa tindakan ayahanda saya adalah kerana sayangnya beliau kepada UMNO. Saya juga percaya bahawa bagi mencapai matlamat tindakan tersebut, terdapat lebih dari satu cara perlaksanaanya. Maka dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN DI DALAM UMNO,SEBAGAI AHLI PARLIMEN JERLUN MAHUPUN SEBAGAI AHLI UMNO. SAYA AKAN TETAP SETIA SEBAGAI AHLI UMNO DAN AKAN MENJADI SUARA YANG LANTANG MENEGUR KEPINCANGAN KEPIMPINAN PARTI;


Seterusnya, saya serta rakan-rakan yang sependirian dengan saya dengan ini MENDESAK SEKERAS-KERASNYA AGAR YAB DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL DENGAN SEGERA;


Kami juga mendesak agar Majlis Tertinggi UMNO MEMBUKA SELUAS-LUASNYA SEGALA RUANG DEMOKRASI PARTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PARTI yakni dalam bentuk pemansuhan sistem kuota, membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu, dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti; dan


Selanjutnya, kami MENGGESA AHLI UMNO KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA, menyuarakan bantahan mereka terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi secara terbuka dan lantang melalui surat peribadi, sms, surat kepada media serta melalui sidang-sidang media, bagi MEMBERI TEKANAN AGAR YAB DATO’ SERI SEGERA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL.


Ini adalah pendirian saya pada waktu ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih.
Sekian.

Monday, May 19, 2008

KENYATAAN DARI MESIR


SHARM EL SHEIKH (Mesir), 19 Mei -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan terus berbincang dengan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai usaha pengukuhan parti serta isu peralihan kepimpinan UMNO seperti yang telah dizahirkan oleh Abdullah sendiri. Timbalan Presiden UMNO itu berharap semua anggota parti bertenang berikutan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar parti pada Isnin, sambil meminta mereka supaya terus memberi keyakinan kepada usaha memulih dan mengembalikan kekuatan UMNO. Katanya beliau telah menghubungi Abdullah sendiri berhubung tindakan Tun Dr. Mahathir itu selain bercakap dengan beberapa pemimpin UMNO yang lain berhubung perkara yang sama. Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO, melahirkan perasaan terkejut dan sedih dengan keputusan Tun Dr. Mahathir itu kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan kehadiran beliau pada Forum Ekonomi Dunia bagi Timur Tengah di sini Isnin. " Tun Dr. Mahathir telah begitu banyak berjasa dan sumbangannya kepada parti dan negara sungguh tidak ternilai," kata Najib mengenai pengumuman Tun Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, parti yang dianggotainya sejak 1946.





Di harap Datuk Seri Najib dapat buat yang terbaik untuk memulihkan Umno dan memujuk Tun untuk kembali ke dalam Umno apabila beliau pulang dari mengerjakan umrah nanti.Desak Pak Lah untuk cepatkan peralihan kuasa.Bertindaklah sebelum lebih ramai lagi ahli Umno yang keluar parti.Tanpa Tun,Malaysia tak kan sampai ke tahap sekarang dan tanpa Tun juga Umno dah lama berkubur.Setia kami pada Umno,Hormat kami pada Tun Dr Mahathir.

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat,
dari melihat bangsaku dijajah.
Tidak ada yang lebih menyedihkan,
dari membiarkan bangsaku dihina.

Air mata tiada ertinya,
sejarah silam tiada maknanya,
sekiranya bangsa tercinta terpinggir,
dipersenda dan dilupakan.

Bukan kecil langkah wira bangsa,
para perjuang kemerdekaan,
bagi menegakkan kemulian,
dan darjat bangsa.
Selangkah beerti mara,
mengharungi sejuta dugaan.

Biarkan bertatih,
asalkan langkah itu yakin dan cermat,
bagi memastikan negara,
merdeka dan terpelihara.
Air mata sengsara,
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.

Tugas kita bukan kecil,
kerana mengisi kemerdekaan,
rupanya lebih sukar,
dari bermandi keringat dan darah menuntutnya.

lagi pula apalah ertinya kemerdekaan,
kerana bangsaku asyik mengiya dan menidakkan,
mengganguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara,
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata,
dan meminta-minta di negaranya sendiri.

Bukan kecil tugas kita,
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya,
bukankah sejak zaman berzaman,
mereka menjadi pelaut, pengembara,
malah penakluk terkemuka.
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedangang dan peniaga,
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang.

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera,
menjajah dunia yang tak dikenali.
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau,
yang tidak mengenal erti takut dan kematian.

Di manakah silap hingga bangsaku,
merasa begitu kecil dan merendah diri.
Apakah angkara penjajah,
lalu bangsaku mulai melupakan,
kegemilangan silam,
dan sejarah gemilang membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya,
bagi memertabat dan memuliakan bangsa,
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita,
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya,
tetapi mengangkat darjat dan kemulian,
buat selama-lamanya.

Hari ini, jalan ini pasti berliku,
kerana masa depan belum menjanjikan surga,
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.

Perjuangan ini belum selesai,
kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda,
bangsanya yang berjaya.

- Dr. Mahathir bin Mohamad
Malam Puisi Utusan, 14 Mei, 1996.

Sunday, May 18, 2008

Mantan Perdana Menteri Yang Dipinggirkan.



Mengapa perkara sebegini boleh berlaku.Seorang Mantan Perdana Menteri yang jasanya pada agama,bangsa dan negara boleh di lupakan begitu sahaja untuk menyelamatkan seorang pemimpin yang telah di tolak di peringkat akar umbi semasa PRU ke 12 yang lalu.Bermacam-macam isu yang telah di bangkitkan sejak kebelakangan ini.Di manakah letaknya rasa hormat mereka pada Tun Dr Mahathir sebagai Mantan Perdana Menteri?Selama 22 tahun pemerintahan beliau,terlalu besar pengorbanan yang telah di beri untuk memajukan malaysia di mata dunia dan memertabatkan bangsa melayu ke tempat yang sepatutnya.Betullah kata beliau sebelum ini yang 'Melayu Mudah Lupa'.Berkenaan isu video VK Linggam,mengapa Tun Dr Mahathir harus di libatkan?Memang beliau sebagai Perdana Menteri semasa itu dan sebagai Perdana Menteri sudah tentulah beliau ada hak untuk menentukan hal-hal yang sepatutnya.Kenapa kerajaan harus tunduk dengan desakan majlis peguam?Siapakah mereka untuk minta semua ini.Majoriti mereka adalah penyokong-penyokong kuat pembangkang.Zaid Ibrahim adalah pengantara mereka sekarang.Kenapa Zaid Ibrahim di lantik menjadi Menteri?Sebelum ini Pak Lah pernah berkata inginkan pemimpin yang bersih.Adakah Zaid Ibrahim bersih?Sedangkan sebelum ini beliau pernah di gantung keahlian Umno kerana politik wang pada pemilihan umno yang lalu.Politik wang adalah rasuah.Adakah Pak Lah telah menghalalkan rasuah sekarang.Yang sepatutnya di dengar kepimpinan sekarang adalah suara rakyat akar umbi yang mahukan perubahan iaitu Pak Lah berundur secara terhormat tanpa perlu di malukan semasa pemilihan Umno nanti.Tak perlu untuk Pak lah menunding jari pada orang lain.Ambil tanggungjawab tersebut dan berundur secara terhormat.Kenapa harus bermusuh dengan Tun.Terima segala kritikan Tun dengan terbuka.Kenang jasa Tun,tanpa Tun belum tentu Pak Lah sampai ke tahap ini.Kepada Tun,turunkan segala ilmu pada Dato Mukhriz kerana kami nampak Dato Mukhriz yang dapat meneruskan kesinabungan perjuangan Tun.Walau apa yang berlaku saya dan rakan-rakan seperjuangan akan tetap bersama Tun dari Dulu,Kini dan Selamanya.

Saturday, May 17, 2008

Mukhriz di Lembah Pantai..




Pada 14 Mei 2008 yang lepas Ketua Pemuda Umno Bahagian Lembah Pantai telah mengambil kesempatan membawa Dato Mukhriz Tun Mahathir Ke Lembah Pantai Dengan mengadakan Majlis Dialog Berkenaan Isu-Isu Semasa.Walaupun program tersebut tidak mendapat restu dari Umno Bahagian tetapi ia tetap juga di teruskan.

Cuma yang menghairankan kami di kalangan pemuda Lembah Pantai,kenapa baru sekarang beliau sedar apa yang akar umbi inginkan sedangkan suatu masa dulu beliau sibuk membawa 'KJ'.Sepanjang beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Lembah Pantai telah 2 kali beliau membawa 'KJ' turun ke Lembah Pantai yang kedua-duanya tidak mendapat sambutan dan yang terbaru semasa PRU yang lepas.Berkenaan program bersama Dato Mukhriz ramai AJK beliau yang tidak setuju dengan pendekatan beliau.Ini di sebabkan beliau tidak memanggil AJK bermesyuarat untuk mengadakan program tersebut.Beliau hanya berbincang bersama Pen Setiausaha dan Ketua Penerangan serta 2,3 orang AJK.Tetapi memandangkan sayang pada umno dan hormat pada Dato Mukhriz para AJK Pergerakan Pemuda Umno Lembah pantai tetap besama-sama hadir ke program tersebut.Buat Dato Mukhriz ketahuilah yang kepimpinan Pemuda Bahagian Lembah Pantai akan di terajui kepimpinan baru selepas pemilihan peringkat bahagian nanti.

Berbalik pada program tersebut antara yang hadir adalah terdiri daripada ketua serta ahli-ahli pemuda cawangan.Malah ia juga dihadiri oleh beberapa ahli jawatankuasa Bahagian,Ketua Puteri Bahagian serta barisan ahli jawatankuasa dan Ketua-Ketua cawangan.

Turut hadir sama beberapa Naib Ketua Pemuda Bahagian dari Wilayah Persekutuan.

Dalam majlis tersebut Dato Mukhriz telah melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia pada pemilihan Pergerakan Pemuda Umno nanti.Seperti kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini,beliau juga telah meluahkan perasaan sedih dengan kekalahan 5+1 BN dalam PRU yang lalu.Beliau juga menyarankan peralihan kepimpinan perlu berlaku secepat mungkin supaya usaha untuk memulihkan Umno serta bangsa melayu dapat berjalan dengan lancar serta ia juga berkemungkinan boleh mengelakkan pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan nanti.

Sunday, May 4, 2008

Ketuanan Melayu Harus Di Pertahankan..

Berbalik kepada keputusan Kongres Pemuafakatan Melayu di Johor,saya sebagai pemuda melayu menyokong dengan ketetapan yg telah di buat..Selama ni kita bangsa melayu dah byk mengalah dalam apa jua keadaan.Tapi kenapa skrg?Di mana cerdik pandai bangsa melayu selama ni?Kenapa selama ni semua diam?Berjuanglah dengan penuh keikhlasan untuk menyatu padukan melayu.Jangan hanya inginkan nama.Bila terjadi tsunami politik semasa PRU 12 yg lepas barulah mereka2 ni semua muncul.Pada saya ada hikmahnya dengan keputusan PRU yg lalu.Selama ni kita semua leka.Ibarat kata Tun Dr Mahathir 'Melayu Mudah Lupa'.Kita bercakap hak melayu terhakis apabila Ketua Pemuda Umno membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bangsa lain mengenai isu keris.Itu saya setuju.Tp kenapa pemimpin2 Umno yg lain semua diam?Kenapa mereka tidak mempertahan Ketua Pemuda Umno?Sepatutnya merekalah yg kena mempertahankan Datuk Seri Hisham supaya tidak perlu membuat permohonan maaf.Jangan hanya berjuang untuk kepentingan peribadi.Tunjuklah semangat melayu anda jika anda betul2 mempertahankan bangsa melayu.Isu bahasa inggeris dalam sains dan matametik bukanlah isu yang besar untuk kita pertikaikan.Banyak lagi perkara lain yg harus di perjuang.Dalam isu bahasa inggeris,sebenarnya tak rugi untuk kita menggunakan bahasa inggeris dalam sains dan matametik.Kajian harus di buat dengan lebih mendalam.Kita nampak pelajar luar bandar merosot dalam sains dan matametik.Tp kita kaji tak hakikatnya anak2 luar bandarlah yg byk berjaya.Adakah disebabkan bahasa inggeris orang melayu tak boleh berjaya.Jangan hanya pandang dari sudut negatif.Hakikatnya terpulang pada diri seseorang.Andai ingin berjaya,keyakinan pada diri perlu ada.Bahasa melayu tak kan hilang andai bangsa melayu kuat untuk menentukan segalanya dalam erti kata kita harus menjadi tuan di tempat kita dan bangsa lain tahu menghormati kita.Sekian..